Thursday, 23 January 2014

LAGU SEKOLAH

SAKTI GEMILANG

Megah Di Tanah Ibunda
Raja Sakti Harapan Negara
Di Sinilah Ilmu,
Dipupuk Dicari
Bersama Menabur Bakti

Sekolah Yang Penuh Berjasa
Penyambung Warisan Bangsa
Namamu Gemilang,
Sentiasa Dikenang
Penjana Insan Yang Gemilang

Ilmu, Iman Dan Amal
Jadi Pegangan Kami
Berbaktilah
Berjasalah
Wahai Putera Puteri  Raja Sakti

Ibubapa Kami Sayangi
Para Guru Kami Taati
Ya Allah…  Pandulah Kami
Ke Jalan Yang Engkau Redai

Sekolah Raja Sakti Gemilang


TAFSIRAN LOGO SEKOLAH


MERAH
Lambang pelajar yang berani menghadapi cabaran. Ia membawa maksud  bahawa keberanian adalah senjata penting untuk Menghadapi segala  cabaran dan rintangan hidup. Pelajar juga mesti berani tampil ke depan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai  keyakinan diri yang tinggi.

PUTIH
Melambangkan kesucian serta kebersihan. Ia bermaksud para pelajar mesti mengutamakan  kesucian dan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan.

KUNING
Lambang warna Diraja Jembal. Ia membawa erti bahawa para pelajar yang dihasilkan nanti merupakan individu yang taat kepada raja dan negara mereka.

HIJAU
Lambang Kedaulatan Islam

BULAN DAN BINTANG
Lambang Keagungan Islam

SEPARUH BULATAN BERSEGI
Pembentukan Minda Yang Berteknologi. Ia juga membawa maksud bahawa Sek. Men. Keb Raja Sakti bersedia untuk memberi kemahiran teknologi kepada para  pelajarnya.

BUKU
Melambangkan bahawa buku adalah wahana penting untuk menimba ilmu pengetahuan

BULATAN BERTAUT
Kerjasama Dan Perpaduan. Ia juga membawa  maksud tekad serta semangat yang  tinggi para pelajar untuk datang ke sekolah, belajar dan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk memajukan diri bagi  menghadapi masa depan mereka.

KERIS
Warisan Raja Jembal


MATLAMAT SEKOLAH DAN PRINSIP PERKHIDMATAN

MATLAMAT SEKOLAH
  • Menyediakan perkhidmatan yang sistematik, telus dan berkualiti melalui pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efisien.
  • Mempertingkatkan kecemerlangan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti berteraskan teknologi maklumat.
  • Memupuk sahsiah pelajar yang seimbang dalam usaha membangunkan modal insan yang gemilang.
  • Memantapkan kegiatan kokurikulum melalui penglibatan pelajar secara menyeluruh.
  • Mewujudkan suasana iklim sekolah yang kondusif, ceria dan selamat.


PRINSIP PERKHIDMATAN

R - REDA
      A - AMANAH
J - JUJUR
A - ADIL

S - SETIA
A - AKRAB
             K - KETRAMPILAN
T - TELUS
I - ILTIZAM

MOTO DAN SLOGAN

MOTO

ILMU, IMAN DAN AMAL

SLOGAN

PEMBINA INSAN SEIMBANG

FOKUS

SAKTI GEMILANG MENEBUS MARUAH

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA SAKTI SEBAGAI SEKOLAH TERSOHOR DI NEGERI KELANTAN MENJELANG TAHUN 2015.

MISI

MEMBERI PENDIDIKAN YANG MENYELURUH BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI MELALUI PENDEKATAN YANG BERSEPADU SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Wednesday, 22 January 2014

SEJARAH SEKOLAH

       Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti telah dibuka pada 01 Januari 1965
dan menumpang di Sekolah  Kebangsaan Mentuan dengan pengajaran diadakan pada
sesi petang.Seramai 99 orang murid sulung telah mendaftar di tingkatan satu dan
ditempatkan di empat buah klas .Guru Besar yang pertama ialah Tn. Hj.Chik bin
Putih dengan dibantu oleh empat orang guru penolong. Pengurus bersama sekolah
ini ialah Tn. Hj.Nik Hassan b. Ibrahim.
         Pembinaan sekolah ini siap pada penghujung tahun 1970 dengan dua blok
bangunan sekolah dan satu blok bangunan kantin di kawasan seluas 12.25 ekar di
pekan Kedai Lalat kira-kira 10 kilometre dari Bandar Kota Bharu.Perasmian bangunan
baru ini dilakukan pada 05 Julai 1974 oleh YB.Tn. Hj. Mohammad b.Yaacob, Menteri
Pelajaran ketika itu.
         Pada awalnya SMK.Raja Sakti dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah
Kedai Lalat sempena dengankedudukan sekolah yang terletak di kawasan Kedai Lalat.
Pada permulaan operasinya  sekolah ini diberi taraf gred C.Tingkatan empat mula
dibuka pada 01 Januari 1978 dan serentak dengan itu nama Sekolah Menengah Rendah
Kedai Lalat telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Kedai Lalat kemudian dinaikkan
taraf ke gred B. Selepas itu,nama sekolah ini ditukar sekali lagi dengan nama Sekolah
Menengah Raja Sakti kerana mengambil sempena nama Raja Sakti pengasas Kerajaan
Jembal yang memerintah negeri Kelantan antara tahun 1636 hingga 1721 M.
         Upacara perasmian nama baru sekolah ini dilakukan pada 12 Mei 1983 oleh
YBM. Tengku Razaleigh Hamzah,Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu .
Seterusnya pada 01 Januari 1995,Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti telah di
naikkan taraf ke gred A.
         Sepanjang penubuhan sekolah ini ,seramai 14 orang pengetua telah berkhidmat
di sekolah ini. Pengetua sekarang ialah Pn. Hjh Norani bt. Mustapha yang mula
berkhidmat di sekolah ini pada kira-kira  pertengahan tahun 2011 .